About

Sunday, 24 April 2011

Makan nasi lemak beralas Utusan jom!















Tarikh: 2 Mei,  Isnin, jam 5 petang
Tempat: Pejabat Utusan Malaysia 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin Kuala Lumpur, Malaysia


http://www.facebook.com/event.php?eid=103438769743453

Sempena Hari Kebebasan Media tahun ini, jom makan nasi lemak beralaskan suratkhabar Utusan sambil membaca Utusan terbalik di hadapan pejabat Utusan

pertanyaan platform.anakmuda@gmail.com

Mari makan nasi lemak beralaskan Utusan!

Muat turun poster di http://platform-anakmuda.blogspot.com/

Pilih media yang anda punya dan cara yang anda suka:

a. Online:

1. Tambahkan blog http://platform-anakmuda.blogspot.com/ di link blog anda
2. Anda juga boleh posting karya kreatif anda (tulisan, foto, video, illustrasi dan sebagainya) tentang Protes Media!
3. Ganti foto profil akaun Twitter, Facebook, Plurk, Tumblr dan lainnya dengan poster Protes Media!
4. Follow akaun Twitter @platform_am atau bergabung dengan kami di Facebook,http://www.facebook.com/platform.am
5. Tweet atau tulis status Facebook anda dengan idea-idea dan pendapat anda tentang media kita dengan memasukkan hashtag kata #protesmedia dan tag di page Facebook kita serentak mulai jam 5 petang tanggal 2 Mei
6. Demonstrasi Four square dengan beramai-ramai check in pada jam 5 petang di sekitar pejabat Utusan Malaysia dan tulis "Protes Media!"
7. Bantu dan sebarkan idea tentang Protes Media! di semua akaun online anda

b.Offline:

1. Flash mob membaca akhbar terbalik di depan pejabat Utusan sambil menyantap nasi lemak beralas Utusan pada pukul 5 petang dan juga di seluruh negara

Dokumentasikan kegiatan Protes Media! versi kelompok atau komuniti
Upload foto kegiatan itu melalui
Twitter (mention @platform.am atau gunakan #protesmedia
Tag di facebook Platform.am (Page)
Emel ke platform.anakmuda@gmail.com
Aksi ini boleh dilakukan di mana-mana anda berada pada  2 Mei 2011, lebih afdhal bermula serentak jam 5 petang

platform.anakmuda @ gmail.com

Protes akan berlangsung tanpa pimpinan rasmi kerana Platform tiada pemimpin!

Platform juga lahir untuk mengakomodasi anak-anak muda peduli negara dan politik tetapi lemas dengan permainan politikus dan parti-parti politik yang ada

Sebarkan!

World Press Freedom Day

The United Nations General Assembly declared 3 May to be World Press Freedom Day to raise awareness of the importance of freedom of the press and remind governments of their duty to respect and uphold the right to freedom of expression enshrined under Article 19 of the Universal Declaration of Human Rights and marking the anniversary of the Declaration of Windhoek, a statement of free press principles put together by African newspaper journalists in 1991.

UNESCO marks World Press Freedom Day by conferring the UNESCO/Guillermo Cano World Press Freedom Prize on a deserving individual, organization or institution that has made an outstanding contribution to the defence and/or promotion of press freedom anywhere in the world, especially when this has been achieved in the face of danger. Created in 1997, the prize is awarded on the recommendation of an independent jury of 14 news professionals. Names are submitted by regional and international non-governmental organizations working for press freedom, and by UNESCO member states.

Tuesday, 19 April 2011

Protes Media di blog Tukar Tiub

sumber: http://tukartiub.blogspot.com/2011/04/cara-membaca-terbalik.html
CARA MEMBACA TERBALIK


KEMPEN ANTI GEROMBOLAN


BACA TERBALIK





nota:
kempen baca akhbar terbalik
oleh anak anak muda hujung minggi ini
ini adalah proses memberitahu orang
ramai bahawa cara untuk memahami berita
yang dibaca adalah terbalik

kalau di nafikan: ertinya ada
kalau lapoarn kata ada: ertinya tak ada
kalau laporan kata selesai : ertinya tak selesai

ini membaca terbalik kah kah kah

Saturday, 16 April 2011

Potret Tunjuk Rasa: Protes Media!
















Protes dengan membaca akhbar secara ‘terbalik’ - FMT

Fazy Sahir

April 16, 2011
'Platform Anak Muda' mendesak kerajaan Malaysia menghormati kebebasan media dan rakyat dalam mendapatkan sebarang maklumat.


KUALA LUMPUR: Sekumpulan anak muda yang memperkenalkan diri mereka sebagai ‘Platform Anak Muda’ hari ini mengadakan protes aman di sekitar bandaraya bagi mendesak kerajaan Malaysia menghormati kebebasan media dan rakyat dalam mendapatkan sebarang maklumat.
Sekumpulan 20 anak muda terbabit, secara simbolik, membaca akhbar arus perdana secara ‘terbalik’ sebagai tanda protes.

Mereka bermula di stesen LRT Masjid Jamek dan kemudian bergerak menuju ke Masjid India dan kawasan sekitar bandaraya.

Turut kelihatan 10 anggota polis yang memantau pergerakan kumpulan terbabit namun tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku.

Platform Anak Muda ditubuhkan oleh sekumpulan anak muda yang menentang kebebasan media tetapi mereka enggan mendedahkan butir-butir pengasasnya.

Melalui kenyataan medianya hari ini, ‘Platform Anak Muda’ ini menyifatkan tindakan kerajaan menyekat kebebasan ini membawa kemunduran kepada negara dan bercanggah dengan gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sekatan maklumat ini lebih hebat berlaku, lebih-lebih lagi ketika pilihan raya negeri Sarawak, di mana masa mengundi baru sahaja tamat jam 5 petang tadi.

“Jika rakyat diutamakan, hormatilah hak asasi rakyat untuk bebas mendapatkan maklumat dan informasi tidak kira sama ada media itu berpihak kepada mana-mana pihak sekalipun,” kata kenyataan itu.
“Di Malaysia, hampir semua jenis media dari televisyen, radio hinggalah ke akhbar dikekang hebat dengan menggunakan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak untuk menutup maklumat yang berpandangan pluralis dari sampai kepada anggota masyarakat.

“Dalam hal ini dapat dilihat di sepanjang 10 hari kempen pilihan raya negeri Sarawak yang tamat tengah malam tadi,” demikian kenyataan Platform Anak Muda kepada FMT awal petang ini.

Rasa tidak puas hati


Sementara itu, beberapa ahli yang ditemui berpendapat bahawa timbul rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat terhadap penyampaian media arus perdana yang didakwa berat sebelah.
Menurut Chuah Siew Eng, inisiatif yang dilakukan kumpulan anak muda ini harus dipuji memandangkan mereka jelas dengan situasi yang dimainkan media arus perdana kini.

“Saya ingin memberi sokongan kepada anak muda dengan inisiatif mereka menganjurkan protes ini. Ramai yang pandai mengkritik media arus perdana yang lain tapi tidak buat apa-apa tindakan yang jelas dan memberikan impak,” katanya.

Termos Ibin berkata media arus perdana perlu menyampaikan maklumat yang seimbang dan jelas serta tanpa memihak.

“Kami ingin menunjukkan rasa menyampah kami terhadap media-media arus perdana. Kami melihat apa yang disiarkan berat sebelah dan tidak memberikan maklumat yang betul.
Walaupun kami tidak menyebelahi mana-mana pihak, tetapi kami mahukan semua maklumat yang disampaikan saksama dan seimbang,” katanya.

Bagi Daniel Caspelo pula, kebanyakan maklumat yang disampaikan banyak diputarbelitkan memandangkan media arus negara dikawal sepenuhnya oleh pihak kerajaan.

“Sekarang ini banyak ‘info’ yang diputerbelitkan oleh media yang dikawal oleh kerajaan,” terang beliau.

Friday, 15 April 2011

Kenyataan media Protes Anak Muda sempena "Tunjuk Rasa Protes Media"

Kenyataan media

Bersempena dengan Tunjuk Rasa: Protes Media hari ini, Platform Anak Muda mendesak agar kerajaan Malaysia menghormati kebebasan media dan kebebasan rakyat untuk mendapatkan maklumat.

Di Malaysia, hampir semua jenis media dari televisyen, radio hinggalah ke akhbar dikekang hebat dengan menggunakan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak untuk menutup maklumat yang pluralis pandangan dari sampai ke masyarakat dan hal ini dapat dilihat sepanjang 10 hari kempen pilihanraya negeri Sarawak yang baru sahaja selesai semalam.

Tindakan ini hanya membawa Malaysia mundur sekaligus bercanggah dengan gagasan 1Malaysia, “rakyat diutamakan, pencapaian didahulukan” yang dipopularkan oleh PM kita. Jika rakyat diutamakan, hormatilah hak asasi rakyat untuk bebas mendapatkan maklumat dan informasi tidak kira sama ada media itu berpihak kepada pihak mana sekalipun.

"Rakyat perlu dibebaskan untuk membuat pilihan supaya rakyat menjadi pemegang kuasa sebenar"

Platform Anak Muda
16 April 2011

Tuesday, 12 April 2011

Mari membaca terbalik sabtu ini!





Anak-anak muda sekalian,

Platform.AM atau Platform Anak Muda akan menganjurkan protes terhadap media yang mempromosikan politik kebencian, berat sebelah dan kotor

Tarikh: 16hb April 2011, Sabtu
Masa: 4 petang
Tempat: Masjid Jamek dan seluruh negara


Mari membaca!

Muat turun poster di http://platform-anakmuda.blogspot.com/

Pilih media yang anda punya dan cara yang anda suka:

a. Online:

1. Tambahkan blog http://platform-anakmuda.blogspot.com/ di link blog anda
2. Anda juga boleh posting karya kreatif anda (tulisan, foto, video, illustrasi dan sebagainya) tentang Protes Media!
3. Ganti foto profil akaun Twitter, Facebook, Plurk, Tumblr dan lainnya dengan poster Protes Media!
4. Follow akaun Twitter @platform_am atau bergabung dengan kami di Facebook, http://www.facebook.com/platform.am
5. Tweet atau tulis status Facebook anda dengan idea-idea dan pendapat anda tentang media kita dengan memasukkan hashtag kata #protesmedia dan tag di page Facebook Platform.AM serentak mulai jam 4 petang
6. Demonstrasi Four square dengan beramai-ramai check in pada jam 4 petang di sekitar Majid Jamek dan tulis "Protes Media!"
7. Bantu dan sebarkan idea tentang Protes Media! di semua akaun online anda

b.Offline:

1. Flash mob membaca akhbar terbalik di perkarangan Masjid Jamek pada pukul 4 petang dan seluruh negara
2. Membaca akhbar terbalik secara santai (tidak perlu flash mob) di Masjid Jamek pada pukul 4 petang dan seluruh negara

Dokumentasikan kegiatan Protes Media! versi kelompok atau komuniti
Upload foto kegiatan itu melalui
Twitter (mention @platform.am atau gunakan #protesmedia
Tag di facebook Platform.AM 
Emel ke platform.anakmuda@gmail.com
Aksi ini boleh dilakukan di mana-mana anda berada pada 16 April 2011, lebih afdhal bermula serentak jam 4 petang

Protes akan berlangsung tanpa pimpinan rasmi kerana Platform tiada pemimpin!

Platform juga lahir untuk mengakomodasi anak-anak muda peduli negara dan politik tetapi lemas dengan permainan politikus dan parti-parti politik yang ada

Sebarkan!